Senin, 05 Oktober 2009

Bisikan hati

Sebagai seorang insan yang normal dan masih mempunyai sekeping hati yang subur untuk dibelai oleh rasa cinta, aku sentiasa terkenang saat-saat manis kita sewaktu kita meniti buih memadu kasih sebagai sepasang kekasih.

Sungguh inda saat itu. Masihkah kau ingat, disaat kita menuruni bukit Shahbandar. Saat itu masih segar diingatanku. Tanggal 31 Mei, 94 menjadi titik manis kita bila buat pertama kali aku mencium bibirmu.

Tugu-tugu yang berdiri megah di Damuan menjadi saksi bisu turut sama mendengar irama cinta kita bilamana kita melawat tempat itu. Disitu juga untuk pertama kalinya aku menghadiahkan sekuntum bunga Ros dan bersama satu kucupan sempena ulangtahun hari lahirmu ke 23.

Masihkah kau ingat selepas malam kita berlari kelangit di Damuan, dan pada keesokkan harinya engkau cuba untuk mengelak diri dari bertemu dengan ku? Kutanya padamu: “Mengapa sayang lari?” dan dengan muka melihat lantai engkau berkata “aku malu padamu”.



bersambung….