Sabtu, 01 Maret 2014

Fauzi Nawawi mohon maaf kepada peminat jika meninggal dunia

Fauzi Nawawi mohon maaf kepada peminat jika meninggal dunia



Fauzi Nawawi mohon maaf kepada Sharnaaz jika meninggal dunia - Pelakon Fauzi Nawawi mengakui sudah melupakan segala sengketa dengan sesiapa sahaja supaya dia kini tenang untuk mengerjakan Umrah bersama isteri, Lisdawati yang mula berangkat ke tanah suci pada semalam.


“Saya lupakan semua sengketa dan hasad dengki serta caci maki yang dilemparkan kepada saya dan isteri. Saya hanya mampu doakan semoga Allah terangkanlah hati kalian agar dapat melihat kebenaran.”


Pasangan ini bakal mengerjakan umrah selama 12 hari di tanah suci, Mekah. Sengekata antara Fauzi dan isteri bersama Sharnaaz masih lagi belum selesai apabila pelakon ini sendiri tidak mahu memenuhi permintaan hero drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu untuk membuat permohonan maaf kepada ibunya.



Bagaimanapun, Fauzi Nawawi ingin memohon maaf kepada semua yang mengenalinya atas segala kesilapan yang dilakukan olehnya dan isteri jika mereka meninggal dunia di sana.



“Jika saya dan isteri pergi tanpa kembali maafkanlah segala kesilapan kami.”




Sumber : Sensasi Malaysia




Artikel dan Grafik dalam Entri Fauzi Nawawi mohon maaf kepada peminat jika meninggal dunia adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar