Tampilkan postingan dengan label teruna dan dara. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label teruna dan dara. Tampilkan semua postingan

Rabu, 27 Februari 2013

wajahmu dalam rinduku....siri 2

hari isnin,awal2 pagi aku dah bangun.motif...nak say hi kat Qis.kalau lewat...melepas aku.
"hai bro...awal ko bangun.selalunya tak jam loceng tu bunyi sampai 3-4 kali baru ko bangun"tegur tony
"azam baru la.."balasku.tony dan din mencemikkan muka sambil ketawa kecil.tiba2 aku terdengar enjin kereta Qis dihidupkan.cep[at aku melangkah keluar.
"hai Qis....morning..."tegurku
"eh!hai man....morning...."jawab Qis mesra
"awal keluar hari ni."tegurku lagi
"ha'ah...kena awal hari ni.ada meeting,lepas tu kena jumpa client..bla...bla...bla...macam2 la..."jawabnya
"ooo...ok...have a nice day...good luck..."kataku
"thanks man....see u yaaa...."balasnya.aku memerhati sehingga Qis berlepas pergi.selepas melambaikankan tangan pada Qis,aku masuk kembali kedalam rumah.
"oooo...ini la azam baru dia...."ejek din padaku sambil mengenyitkan matanya pada tony.
"....mmm...azam baru...."balas tony semula.
"introduce sikit bro....cun giler nampaknya awek tu....boleh makan tak...?"tanya tony.
"haaa....yang ni korang jangan buat giler.ni aku punya...korang jangan nak potong jalan.nati kita putus kawan...."kataku memberi amaran...
"wow!...serius beb!...ko betul2 ke ni...tak pernah2 heart feeling macam ni..."kata din
"kali ni aku serius beb!.aku rasa yang ni aku memang dah berkenan.korang jangan potong jalan aku pulak...."kataku.
"ish...apa la ko ni bro.kita kawan dah lama mana yang ko tak kenal kitaorang ni....no prob la...kitaorang akan support ko punya.lagipun...nana tu aku nak letak mana...."balas din lagi.
"yurp...betul tu...chaterina aku tu nak letak mana bro....lagipun antara kita ni...ko yang paling season....so...ko jalan dulu la....hahaha...."balas tony pula dengan ketawa besar.din turut ketawa besar sambil aku hanya tersengih2.kami berpisah menuju ofis masing2.....

**********************************************************************************

dah dekat seminggu hari aku tak nampak Qis.bila aku balik ofis,aku tengok kereta Qis dah ada dalam garaj keretanya.nak panggil...segan pulak rasanya.hati aku ni dah asa rindu nak tengok mukanya.telinga aku ni dah rindu nak dengar suara manjanya.
satu hari,agaknya memang nak jadi rezeki aku,Qis sampai kerumahnya waktu aku baru nak buka pintu pagar rumahku.
"hai....lama tak nampak..."tegurku
"hai...tu la....busy sikit la lately ni.ada projek baru masuk..."jawabnya
"ala...kesiannya....patut la muka tak berapa ceria je...letih la ni..."usik ku.
"mmm....rasa letih la jugak.mata penat tengok proposal....."ujarnya.aku menganggukkan kepala.
"macam tu la kalau jadi bos.lain la macam man ni....kuli je...."kataku pula.
"ish....ada pulak macam tu...sama je...bos ke..kuli ke...sama je kan.keje tetap keje....betul tak..?"ujar Qis melawak.kami memasukkan kereta masing2 kedalam garaj rumah.
"mmm....Qis...boleh man mintak no phone Qis...?"tanyaku memberanikan diri.
"oooo...boleh la man...tak ada masalah..."jawab Qis memberikan nombor phone nya.Yes!.....aku dah maju setapak lagi...hehehe...
setelah mengucapkan selamat tinggal,kami masuk kedalam rumah masing2.

malam tu aku rasa teringin sangat nak call Qis tapi aku cuba tahan hati aku ni.nanti Qis kata aku ni gelojoh pulak.padahal memang aku gelojoh pun...hahaha...tak sabar dah aku ni nak bercouple2 dengan Qis.bila la aku dapat berdating dengan Qis ni....
aku melayan hati aku ni sampai aku sendiri tak sedar bila aku tertidur.

**********************************************************************************

satu hari.....
"hello...."sapaku.
"hello....."jawab suara di sana.
"hai Qis...man ni..."ujarku
"eh! man....Qis fikir siapa tadi.lain pulak suara man dalam phone ni...."ujar Qis ketawa kecil
"Qis sibuk ke..?man mengganggu tak..?"tanyaku
"eh!tak la.tak mengganggu pun.Qis tengah semak proposal pakcik kat sarawak tu.dia nak tambah 2-3 perkara lagi kat resort tu....man kat mana ni..?"ujar Qis
"man kat site.saja call Qis...konon2 nak ajak Qis minum ...."balasku
"aik...man tak cakap pun man keje pergi site.selalunya yang pergi site ni...yang tertentu je...."katanya
"ala...man ni keje biasa2 je...."ujarku
"mmm...man nak sembunyi dari Qis yeee...man nak ajak Qis minum kat mana?"tanya Qis.rasa macam nak melompat bila aku dengar Qis tanya macam tu.
"mmm....takpe.hari ni man tak masuk ofis.ptg nanti nak kena pergi site lagi....kita minum dekat2 ofis Qis je la.Qis tak payah pergi mana2.biar man pergi sana....."ujarku
"ok....Qis tunggu kat sini la.dah sampai nanti man call ye..."balas Qis.setelah kata sepakat telah dipersetujui,aku menuju ke ofis Qis yang tak berapa jauh dari tapak projekku.
"Qis...i ada kat kafe sebelah ofis Qis ni..."kataku dalam phone
"ok...kejap ye..Qis datang.."jawabnya.

selang beberapa minit kemudian aku nampak Qis melangkah kearahku.dari jauh dia dah menguntum senyum.lemah gemalai langkahnya...llembut liuk tubuhnya...aduh!...aku terpesona....
"sorry man..tadi call nenek kat sarawak.lama dah tak call mereka.rindu pulak rasanya...."kata Qis sambil melabuhkan punggungnya dikerusi didepanku.
"ok...no problem...."jawabku yang masih terpegun dengan keayuan Qis hari ini.
"cantik Qis pakai kebaya.sesuai denga tubuh Qis..."pujiku.Qis ketawa kecil.
"terima kasih...."jawabnya tersenyum manis.aahh...aku rasa nak pengsan.

kami memesan minuman dan berkongsi makan kuih yang aku dah ambil dari awal tadi.lama jugak kami berbual.Qis tak sangka yang kami bekerja dalam bidang yang sama.sebenarnya aku dah tahu sebab aku dah lama dalam bidang ni.bila aku kenal Qis,aku cuba research tentang dia.sebab tu aku tahu di mana ofisnya,projeknya...clientnya...semua aku tahu.hampir merajuk jugak la dia dengan aku sebab tak cerita betul2 dengan dia.
"man suka la tengok Qis merajuk...muka jadi merah..makin cantik pulak man tengok..."pujukku
"man teruk tau....kenapa tak cerita betul2.maknanya man ni senior Qis la....jahat la..."rajuk Qis dengan suara manjanya.
aku ketawa besar.
"Qis,man ni dah 34 tahun...Qis baru 23 tahun.kawan2 man kata man ni dah season....tentu la man tahu susur galur bidang ni.....client Qis tu pun man kenal....man rasa arwah papa Qis tu pun man kenal.tapi tak sure la...sebab waktu tu man baru mula kerja n arwah papa Qis tu dah jadi bos."terangku
"man ni....jahat tau...."kata Qis manja.aku ketawa melihat rajuk Qis.aduhai...kalau ikut hati aku ni...aku cium dah budak ni..hehehe...






bersambung.....

wajahmu dalam rinduku.....siri 1

Nama aku man.tu nama pendek.nama panjang...aku simpan sendiri je la ye.korang tak perlu tahu kot.aku tinggal bujang dengan 3 orang kawan aku.rumah yang kami tinggal ni kawasan perumahan yang kebanyakan penduduknya bekerja dan berbangsa asing.jadi masing2 buat hal masing2 je.takde masa nak bermasyarakat.

rakan serumah aku,tony dan din.kami memang satu kepala.sebenarnya kami jarang ada kat rumah.balik kerja kami selalu pergi main bola.lepas tu lepak kat kedai mamak.dah malam baru kami balik so memang tak kenal jiran tetangga.

hari tu hari ahad.din balik kampung dan tony pulak...macam biasa kalau malam minggu dia memang tak balik rumah.aku pulak entah kenapa pagi tu aku bangun awal giler.selalunya selagi perut tak lapar memang aku tak bangun.tapi hari tu pukul 8 aku dah tercongok kat pintu rumah nak pergi sarapan.kalau ikutkan aku nak je balik rumah mak ayah aku tapi sebab perjalanan je dah makan masa 3-4 jam,aku rasa tak berbaloi kot.

baru je aku nak start enjin kereta aku terperasan sorang awek cun giler tengah sidai baju kat sebelah rumah aku ni.fuh!!...memang cun habis.putih melepak.aku tengok...nak kata melayu bukan.cina pun bukan.india...memang tak la kot.macamana la aku boleh tak terperasan yang sebelah rumah aku ni ada awek.aku memang perasan sebelah rumah aku ni ada sebiji kereta Persona tapi aku ingatkan orang yang dah berfamili punya.

tengah aku dok mengelamun aku tengok awek tu dah tutp pintu rumah dah.alamak!....potong betul la...aku pun start kereta dan terus pergi kedai mamak.pagi tu aku makan pun rasa tak kenyang sebab syik terbayang muka awek tu.sampai kat rumah aku tengok kereta dia ada lagi kat situ.tiba2 semanagat aku menggila pagi tu.tak pernah2 aku basuh kereta,pagi tu aku cuci kereta punya la lama....siap berus lantai rumah lagi.sebab nak tunggu awek tu keluar.akhirnya rezeki aku sampai jugak....

"hai...."tegurku waktu dia nak buka pintu pagar.
"oh!...hai..."jawabnya.
"i tak pernah nampak u pun selama ni..."tegurku lagi
"eh!...i tinggal sini dah dekat 4 bulan tau...u yang selalu tak ada kat rumah kot..."balasnya
"ooo...ye ke.agaknya la....duduk bujang....boring dudk kat rumah..."jawabku
"u tinggal dengan sapa?"tanyaku lagi
"ooo...i tinggal sorang..."jawabnya
"u nak pergi mana ni?"tanyaku lagi
"lapar la pulak perut ni.ingat nak pergi breakfast.u dah breakfast?"tanyanya kembali
"ooo...i pun belum sarapan lagi.i pun tinggal sorang jugak ni.housemate dua2 takde...."jawabku berbohong.peluang jangan dilepaskan...hehehe..
kalau macam tu jom kita pergi breakfast.ada jugak kawan i berbual..."ajaknya.aku pun apa lagi....
"mm...boleh jugak.tapi i kena tukar baju dulu.boleh..?"jawabku.
"ok///no problem.pergi la tukar..."balasnya.

**********************************************************************************

" sebelum terlupa...i***man.panggil i man je.u?"kataku apabila aku mahu membuka pintu pagar.
"oooo...i pun lupa.panggil i Qis je...."jawabnya
"nak naik yang mana ni..?tanyaku.
"naik kereta i la.kereta u dah berkilat tu...."balasnya.
so...kami pun bergerak la ke restoran pilihannya.first time aku masuk kedai makanan arab.aku kena mengaku pada Qis yang aku memang tak tahu bab makanan arab ni....malu giler aku...so..Qis pesankan untuk aku ntah apa nama makanannya.aku makan je...sedap jugak!..

sambil makan tu la kami bertukar2 cerita tentang diri kami.tapi kebanyakannya tentang diri dia la.aku rasa cerita kisah aku ni tak best sangat.biasa je...tapi tentang Qis memang menarik.rupanya Qis ni anak yatim piatu.ibubapanya dah meninggal sebab excident.dia tak ada adik beradik.yang ada hanya datuk dan neneknya kat sarawak.rupanya dia ni kacukan kadazan dan arab.patut la cun giler.body dia...jangan cakap la...muah...muah...muah...kalah rozita che wan.dalam hati aku dok berkata...kalau dapat kat aku ni...aku gigit sampai lebam.seminggu tak payah keluar bilik....dok atas katil je...hehehe...

lama jugak kami kat restoran tu.kali ni baru aku rasa betul2 kenyang.macam biasa...lelaki mesti bayar kan!...aku takde hal punya....

dalam kereta kami sambung sembang lagi.kata Qis,dia terpaksa ambil alih company papanya.sebelum ni dia jaga resort familinya kat sarawak.bila ibubapnya dah meninggal,resort tu dia minta datuk dan nenek serta bapa saudaranya yang jaga dan dia ambil alih company papanya.aku rasa dia ni memang kaya lah.tapi sumpah!!!...aku suka kat dia bukan sebab harta dia tapi sebab perwatakan dia.Qis ni memang peramah,periang dan manja jugak aku tengok.pendek kata aku memang dah jatuh cinta pada dia....aku harap aku tak bertepuk sebelah tangan...

"thanks man...Qis rasa happy hari ni sebab dapat kawan baru."katanya sewaktu kami turun dari kereta.
"man pun rasa happy sebab dapat berkenalan dengan seorang jiran yang cantik dan peramah"pujiku
"lain kali kita keluar makan lagi ye..."kata Qis
"tiap2 hari pun boleh.i available.kalau Qis pun available...bagus la..."jawabku ketawa
"rasanya takde yang marah kot kalau Qis keluar dengan man..."jawabnya ketawa kecil.aku juga ketawa mendengar jawapannya.yes!...nampaknya line clear...
"ok man...Qis masuk dulu.nak siapkan keje sikit.jumpa lagi ye...bye.."kata Qis
"ok...man pun nak sambung tidur la...dah kenyang ni mengantuk la pulak...."jawabku.kami masuk kedalam rumah masing2 setelah berbalas senyuman...





                                                             bersambung.......