"Memang kami akan berkahwin tetapi bukan bulan Julai. Insya Allah, seperti yang dirancang, kami akan bernikah pada hujung tahun ini," katanya kepada Media Hiburan.
Zain, 29, berkata, dia sendiri terkejut apabila kekasihnya, Rozita Che Wan, 42, menyatakan tarikh perkahwinan mereka pada bulan Julai.
Sementara itu, Zain memberitahu bahawa mereka akan mula membuat persiapan perkahwinan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
"Buat masa sekarang, belum ada sebarang persiapan lagi kerana semua akan dibuat selepas raya nanti. Secara rasmi juga, saya belum lagi masuk merisik cuma kami sudah pernah berjumpa keluarga masing-masing. Ini kerana perbincangan baru dilakukan antara kami berdua sahaja," jelasnya yang turut memberitahu dia masih lagi menjalani kursus perkahwinan.
sumber
sumber
Tidak ada komentar:
Posting Komentar