Jumat, 28 Februari 2014

Wajah sebenar bekas isteri allahyarham Sudirman Haji Arshad

Wajah sebenar bekas isteri allahyarham Sudirman Haji Arshad


Wajah sebenar bekas isteri allahyarham Sudirman Haji Arshad - Mungkin yang tidak ramai yang pernah melihat wajah sebenar Kamariah Jamaluddin, bekas isteri penyanyi tersohor negara, allahyarham Sudirman Haji Arshad. Memang cantikorangnya.



Menurut maklumat yang dikongsikan blog syahrilkadir, Kamariah Jamaluddin atau lebih popular dipanggil Kay bekerja sebagai eksekutif di Petronas ketika mereka berkahwin namun perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahun. Kay kemudian dikatakan terus menghilangkan diri tanpa berita sehingga hari ini.



Di sini, admin kongsikan tiga keping gambar lama yang memaparkan wajah sebenar bekas isteri allahyarham Sudirman Haji Arshad.














Artikel dan Grafik dalam Entri Wajah sebenar bekas isteri allahyarham Sudirman Haji Arshad adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.


Gambar perkahwinan Syanie Hisham dan Nadi Putera 1 Mac 2014

Gambar perkahwinan Syanie Hisham dan Nadi Putera 1 Mac 2014


Gambar perkahwinan Syanie Hisham dan Nadi Putera - Tahniah buat pelakon komedi wanita Syanie Hisham, 39, yang sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohammad Zainol, 27, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Sandy Beach Resort, pagi tadi.



Pernikahan ini merupakan kali kedua bagi Syanie dan ianya disempurnakan bapanya sendiri, Hisham Abd Rahman, 63, pada jam 11.27 pagi tadi manakala khutbah nikah disampaikan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Nor Ismardi Ismail, dipetik dari Harian Metro.



Gambar-gambar perkahwinan pasangan sensasi ini akan disertakan kemudian. Sekali lagi tahniah admin ucapkan. Semoga hubungan suami isteri Syanie Hisham dan Nadi Putera akan kekal hingga akhir hayat.





Artikel dan Grafik dalam Entri Gambar perkahwinan Syanie Hisham dan Nadi Putera 1 Mac 2014 adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.


Kronologi kisah-kisah panas Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad

Kronologi kisah-kisah panas Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad


Kronologi kisah-kisah panas Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad - Umum mengetahui, dua pelakon hebat Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad masih berbalah sehingga hari ini ekoran keengganan Fauzi Nawawi memohon maaf kepada Sharnaaz.



Malah, ketika Lisdawati berangkat menunaikan umrah di Mekah hari ini, dia masih sempat menempelek video Sharnaaz yang didakwanya penuh dengan penipuan berhubung insiden menyerang dan menengking di lokasi penggambaran minggu lalu.



Di sini, admin paparkan kontroversi-kontrovers panas yang pernah dikaitkan dengan kedua-dua pelakon itu yang dikongsikan portal Utusan Malaysia Online.



Lisdawati vs Nadia Mustafar



Ini kisah awal yang memberi imej kurang molek kepada Lisdawati dalam sejarah kerjaya seninya. Kisahnya bermula apabila Nadia Mustafar dikatakan mengeluarkan kenyataan yang didakwa kononnya berbentuk fitnah ke atas Lisdawati dalam sebuah majalah pada 2005. Nadia mendakwa Lisda berhutang kepadanya dan meminta supaya Lisda membayar hutang yang dipinjam sejumlah sekitar RM20,000 itu. Bagaimanapun Lisda menafikan berhutang dengan pelakon itu dan akibat malu sendiri, Lisda menyaman Nadia dan mendakwa kenyataan Nadia memberi implikasi kepada kerjayanya. Oleh kerana Nadia tidak mempunyai sebarang bukti sahih mengatakan Lisda berhutang, Lisda telah memenangi saman tersebut dan Nadia diperintahkan mahkamah agar membayar wang ganti rugi sebanyak RM250,000.



Lisdawati vs Rita Rudaini



Masih ingat adegan kolam renang pada 2006? Kejadian ini menjadi antara topik hangat pada waktu itu apabila adegan lakonan bertukar kepada sejarah hitam melibatkan pelakon Rita Rudaini. Lisda mendakwa Rita telah ‘terlebih’ menghayati watak dan mencederakan dirinya lalu bertindak membuat laporan polis. Lisda mendakwa rakan baik kepada Nadia Mustafar itu sengaja bertindak lebih agresif dalam melakonkan babak pergaduhan semasa penggambaran drama di sebuah hotel di Tanjung Tokong, Pulau Pinang itu dan mencederakan dirinya. Bagaimanapun kes berkenaan tamat begitu sahaja, seterusnya membuktikan tuduhan Lisda itu tidak wujud sama sekali, Rita tidak bersalah.



Sharnaaz vs Kru produksi



Pada penghujung 2012 Sharnaaz dikatakan telah mencederakan seorang kru produksi drama lakonannya. Di sinilah bermulanya episod baharu buat Sharnaaz apabila dia mula dianggap sebagai seorang yang panas baran, walaupun lakonannya begitu menyerlah. Sharnaaz secara tiba-tiba, menyerang kru produksi kerana lewat ke lokasi menyebabkan penggambaran tertangguh dan menyusahkan banyak pihak.



Selain itu juga dia turut meninggalkan lokasi penggambaran secara tiba-tiba yang melayakkan dia menerima surat saman daripada pihak produksi.



Sharnaaz vs ND Lala



Kejadian ini berlaku pada awal 2013, Sharnaaz memang sedang mabuk bercinta dengan penyanyi Shila Amzah. Bapa penyanyi itu ND Lala telah mengeluarkan kenyataan ‘jangan biadap’ terhadap Sharnaaz. Ini ekoran ND Lala kecewa dengan kata-kata Sharnaaz yang tetap mahu memperisterikan anaknya itu walaupun tanpa restu ibu bapa Shila. Joyah lihat kes ini lebih kepada sikap Sharnaaz yang tidak menghormati permintaan ibu bapa bekas kekasihnya itu. Alah, biasalah bila orang mabuk cinta. Joyah pun pernah muda, cinta memang boleh buat kita jadi buta dan gila.



Sharnaaz vs Orang awam



Kisah ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Sharnaaz. Khabarnya pelakon sasa ini terlibat dalam satu insiden pergaduhan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Oktober tahun lalu. Selain bertumbuk, Sharnaaz juga dikatakan membelasah pengguna jalan raya tersebut. Kekal dengan kata-katanya, Sharnaaz dengan berani memberi amaran agar fitnah seperti ini tidak diteruskan terhadap dirinya dan kes berkenaan diam begitu sahaja.





Artikel dan Grafik dalam Entri Kronologi kisah-kisah panas Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.


13 Individu Disenarai Sebagai Billionaire Malaysia Yang Baru, Robert Kuok Kekal Teratas



13 Individu Disenarai Sebagai Billionaire Malaysia Yang Baru, Robert Kuok Kekal Teratas

13 Individu Disenarai Sebagai Billionaire Malaysia Yang Baru, Robert Kuok Kekal Teratas


Seramai tiga belas individu disenaraikan sebagai bilionair Malaysia yang baharu, menyertai Tan Sri Robert Kuok yang berpangkalan di Hong Kong yang berada pada kedudukan teratas selama sembilan tahun menerusi senarai terkini Individu Terkaya Malaysia oleh Forbes.


Kuok, 90, membina sebuah empayar perniagaan besar-besaran yang merangkumi minyak sawit, perkapalan, media, hotel dan hartanah, mempunyai aset bernilai AS$11.5 bilion (RM37.7 bilion).


13 Individu Disenarai Sebagai Billionaire Malaysia Yang Baru, Robert Kuok Kekal Teratas

13 Individu Disenarai Sebagai Billionaire Malaysia Yang Baru, Robert Kuok Kekal Teratas



Pemaju Kumpulan Kuok itu menduduki tangga teratas sejak 2006, walaupun nilainya sedikit menurun sebanyak AS$1.1bilion (RM3.28 bilion) pada tahun lepas.


Jutawan telekomunikasi, Tan Sri T. Ananda Krishnan juga kekal di tempat kedua, dengan nilai bersih AS$11.2 bilion (RM36.07 bilion).


Ananda, yang mempunyai empayar yang terdiri daripada syarikat telekomunikasi Maxis Communications Bhd, stesen TV berbayar dan penjanaan kuasa, turut menyaksikan sedikit penurunan dalam kekayaan berbanding sebelumnya bagi tahun ini iaitu AS$11.7 bilion (RM38.38 bilion).


Pengerusi dan Ketua Eksekutif Genting Malaysia Bhd, Tan Sri Lim Kok Thay, yang menguruskan kasino di Bahamas, London, Singapura, Manila dan New York di samping kasino di negara ini yang berkembang di Genting Highlands, mengambil tempat ketiga, dengan saham bernilai AS$6.5 bilion (RM21.32 bilion ), bersama dengan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua dan ahli-ahli keluarga yang lain.


Naik satu tangga ke tempat keempat, mogul hartanah dan Pengerusi Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan menyaksikan peningkatan kekayaannya sebanyak AS$6.4 bilion (RM21 bilion) daripada AS$1.6 bilion (RM5.25 bilion), menjadikan beliau mendapat mencatatkan keuntungan paling besar dari segi dolar.


Adik-beradik Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Datuk Shahriman Shamsuddin bagi Sapura Group, di tempat ke-11, menyaksikan kekayaan bersih mereka meningkat sebanyak satu pertiga kepada AS$1.4 bilion (RM4.59 bilion) daripada AS$1.05bilion (RM3.44 bilion).


Walaupun ekonomi global yang tidak menentu, Malaysia kini mempunyai 18 bilionair, dengan warga Thai yang bermastautin lama di Malaysia, Tan Sri Surin Upatkoon, berada di kedudukan ke-13.


Disenaraikan buat kali pertama, Datuk Mokhzani Mahathir, yang merupakan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berada di kedudukan ke-15 selepas mencatatkan peningkatan 22% daripada saham minyak dan gas itu.


Seorang lagi yang merupakan bilionair buat kali pertama adalah Pengasas dan Naib pengerusi Eksekutif Tropicana, Tan Sri Danny Tan Chee Sing di tempat ke-16, yang melihat lonjakan kekayaan sebanyak 121% kepada AS$1.15 bilion (RM3.77 bilion) daripada AS$520 juta (RM1.7 bilion) pada tahun lepas.


Bagi mendapatkan senarai penuh, boleh layari laman web http://ift.tt/1kt39RU.


Sumber : Mstar




Artikel dan Grafik dalam Entri 13 Individu Disenarai Sebagai Billionaire Malaysia Yang Baru, Robert Kuok Kekal Teratas adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.



Kamis, 27 Februari 2014

Kongsi gambar anak umrah, peminat rayu Erra dan Engku Emran bersama semula

Kongsi gambar anak umrah, peminat rayu Erra dan Engku Emran bersama semula



Peminat rayu Erra dan Engku Emran bersama semula - Nampaknya, kisah peribadi bekas Ratu Cantik Malaysia edisi 1992, Erra Fazira terus mendapat perhatian dari peminat-peminatnya di laman sosial. Apa tidaknya, Erra Fazira merupakan antara pelakon dn penyanyi yang tersohor di Malaysia.



Terbaru, bekas suami Erra, Engku Emran telah memuatnaik sekeping gambar anak mereka, Engku Aleesya bersama Erra ketika mereka menunaikan Umrah pada tahun 2010. Perkongsian itu mendapat respon positif dari peminat sehingga ada yang mengharap pasangan itu kembali bersama demi anak mereka.






Di sebalik gambar yang dikongsikan Emran, ianya disertakan dengan caption yang amat menyentuh hati. Ini kerana Engku menggelar Erra sebagai syurga kepada anak mereka.






Adakah rayuan beberapa peminat pasangan ini bakal menjadi kenyataan nanti? Jom baca lebih lanjut tentang mereka di portal ohbulan.





Artikel dan Grafik dalam Entri Kongsi gambar anak umrah, peminat rayu Erra dan Engku Emran bersama semula adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.


Punca pengacara Awal Ashaari tinggalkan Melodi?

Kenapa Awal Ashaari tinggalkan Program Melodi. Apakah Sebab dan Punca pengacara Awal Ashaari tinggalkan Melodi? Gosip mengenai Pelakon dan pengacara Awal Ashaari dikatakan bakal meninggalkan #Melodi selepas pihak produksi mendapat pengganti baru di mana hos tersebut merupakan seorang pelakon wanita yang dikenali ramai.

Punca pengacara Awal Ashaari tinggalkan Melodi?


Sebab dan Punca pengacara Awal Ashaari tinggalkan Melodi. Penukaran hos ini dibuat kerana kononnya berpunca daripada kegagalan Awal mengacara program tersebut dengan baik dan mempunyai masalah disiplin kerja. Pelakon dan pengacara Awal Ashaari dikatakan bakal meninggalkan Melodi selepas pihak produksi mendapat pengganti baru di mana hos tersebut merupakan seorang pelakon wanita yang dikenali.


Bagaimanapun Awal menafikan tuduhan tersebut menerusi sebuah media dimana Awal Ashaari menafikan gosip yang tersebar dan menyifatkan berita tersebut sekadar khabar angin kosong yang hanya dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab serta tidak berpuas hati dengan dirinya.


Jika betullah khidmat saya tidak lagi diperlukan dalam Melodi sudah tentu pihak produksi memberitahu saya awal-awal.

Saya juga mendapat tahu kononnya ada beberapa pelakon yang sudah menjalani uji bakat sebagai pengacara Melodi tetapi apabila ditanya kepada pihak produksi mereka menafikan tentang hal itu.


Sebagai bukti dia masih Pengacara Sah Program Melodi, Awal memberitahu telah menyambung kontrak selama setahun lagi dengan TV3. Maka tiada Punca pengacara Awal Ashaari tinggalkan Melodi. Ia adalah Gosip liar semata-mata dan sengaja ingin menimbulkan kontroversi murahan.


Alhamdulillah, rezeki di Melodi masih di pihak saya. Malah saya telah disambungkan kontrak selama setahun lagi. Saya tahu, menjadi pengacara Melodi bukannya mudah kerana tanggungjawab dan risikonya sangat tinggi.

Apalagi apabila membabitkan berita-berita sensasi, ada rakan-rakan artis yang tidak mahu berkawan dengan saya lagi gara-gara kisahnya keluar dalam Melodi. Sedangkan saya sekadar menjalankan tugas sebagai sahaja.

Artikel dan Grafik dalam Entri Punca pengacara Awal Ashaari tinggalkan Melodi? adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.


Respon Chef Zam isu maki hamun MAS di Instagram

Respon Chef Zam isu maki hamun MAS di Instagram


Respon Chef Zam isu maki hamun MAS di Instagram - Semalam, sebuah blog hiburan melaporkan Chef Zam menggunakan menggunakan bahasa kesat dalam akaun Instagram miliknya ketika menegur kualiti makanan yang dihidangkan dalam pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).



Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan laporan itu hari ini kerana kritikan pedas yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya bukan komen darinya tetapi komen salah seorang penumpang MAS yang dimuatnaik semula (repost) oleh beliau.



Sebagai chef yang mendengar keluhan itu, dia mendakwa hanya mengulas semula komen berkenaan dan menyuarakan pendapatnya dalam bahasa Inggeris secara berhemah dan sopan, tidak seperti yang dilaporkan blog terbabit.



“Saya sudah 43 tahun, bukan (remaja) 14 atau 15 tahun nak maki-maki begitu.”


“Cubalah fikir secara logik, takkanlah saya nak kritik dengan bahasa kesat, caci maki begitu untuk kritik sesuatu perkara."


“Blog itu tidak teliti betul-betul apa yang saya kongsi di Instagram. Kemudian suka-suka melaporkan isu tanpa bertanya kesahihan daripada saya dulu."


“Saya seorang profesional, selebriti dan ahli akademik pula, takkan saya nak maki dan mencarut perkataan ‘sial’ tak tentu pasal.”



Tambah Chef Zam, apa yang lebih memburukkan keadaan ialah apabila segelintir pihak menghentamnya kerana menyangka dia mengeluarkan kata-kata kesat itu tanpa memahami komen itu bukan datang daripada dirinya.



“Inilah masalah orang kita. Tak faham dan baca betul-betul tapi nak jatuh hukum dengan mudah. Padahal komen saya dalam bahasa Inggeris bagi mengulas komen awal individu yang saya kongsi di Instagram."


“Bayangkan, ada pihak MAS yang marah kenapa saya cakap perkataan begitu pada makanannya sedangkan bukan saya yang cakap macam itu."


“Perkara jadi buruk bila blog itu lapor benda tak betul dan saya tak akan teragak-agak untuk saman mereka.”



Admin harap dengan penjelasan ini, pandangan serong orang ramai terhadap Chef Zam dapat dibuang memandangkan apa yang berlaku ialah salah faham yang ditimbulkan oleh sebuah blog portal hiburan.



Bagi Chef Zam pula, beliau perlu lebih berhati-hati ketika memuatnaik apa-apa status berbaur kritikan pedas agar orang ramai yang membacanya tidak salah faham.





Artikel dan Grafik dalam Entri Respon Chef Zam isu maki hamun MAS di Instagram adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.


Rabu, 26 Februari 2014

Gambar Aliff Aziz dan Shazleen berpeluk sakan, nafi sedang bercinta

Gambar Aliff Aziz dan Shazleen berpeluk sakan, nafi sedang bercinta


Gambar Aliff Aziz dan Shazleen berpeluk sakan - Sebelum ini, beberapa keping gambar mesra penyanyi Aliff Aziz dan seorang wanita dikenali Shazleen telah tersebar di internet sehingga mengundang kemarahan ibu wanita berkenaan.



Penyebaran itu turut tidak disenangi penyanyi tersebut kerana wanita yang bergambar bersamanya baru sahaja dikenali beliau kira-kira dua bulan itu. Untuk itu, Aliff Aziz menerusi portal Murai menafikan sudah menemui pengganti baru.



“Sebenarnya saya lebih lama mengenali ibu bapanya kerana sebelum ini ibunya pernah memanggil saya untuk mengadakan private show bagi sesebuah organisasi dan sudah banyak kali juga kami bekerjasama sebelum ini.”



“Saya baru berkenalan dengan anaknya yang bernama Shazleen itu sejak 2 bulan lalu, Pada saya hubungan kami lebih kepada kekeluargaan. Saya hormat dia dengan keluarga.”



“Saya tidak tahu bagaimana foto itu tersebar tetapi apa yang pasti bukan kami berdua sahaja yang ada ketika itu. Ramai yang sambut hari jadi saya ketika itu, malah foto itu juga diambil oleh ibunya.”




Sementara itu, Aliff mengakui belum menemui calon isteri yang sesuai dan menganggap Shazleen ialah wanita yang paling rapat dengannya setakat ini.




Artikel dan Grafik dalam Entri Gambar Aliff Aziz dan Shazleen berpeluk sakan, nafi sedang bercinta adalah sumber dan rumusan dari beberapa laman blog dan laporan berita tempatan. Penghargaan kepada sumber informasi yang bermanfaat ini. Semoga sebaran coretan memberi inspirasi dan berfaedah untuk semua.