Saya berharap dia akan mengahwini saya sesudah apa yang kami lakukan. Namun, harapan saya tidak menjadi kenyataan. Saya menyesali perbuatan dan dosa yang saya lakukan. Mungkin inilah balasan Tuhan atas perbuatan terkutuk itu.
Bagaimana saya dapat melupakan bekas teman lelaki dan semua perbuatan lalu daripada terus menghantui fikiran saya?
Bagaimana pula keluarga saya, adakah saya patut menceritakan semua aib itu, dan bagaimana pula dengan bakal suami? Adakah saya perlu berterus terang dengannya?
* Kecewa kerana sesal datang sesudah anda terjebak dalam perbuatan terkutuk itu. Ia ibarat perumpamaan Melayu iaitu ‘nasi sudah menjadi bubur’.
Menyesali perlakuan tidak manis bersama bekas teman lelaki sebaik mengakhiri hubungan dengannya bukan tindakan wajar.
Mujur hubungan tidak terlalu jauh kerana masih ada peluang untuk memelihara kehormatan.Usah dikenang peristiwa lalu. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.
Lihatlah perpisahan dengan bekas kekasih itu sebagai satu hikmah berbanding bala. Ini kerana anda berubah menjadi lebih baik.
Saya bimbang jika hubungan anda berpanjangan hingga ke alam perkahwinan, dia gagal menjadi pembimbing dan contoh baik sebagai ketua keluarga.
Oleh itu, anggaplah ini kesempatan yang Ilahi kurniakan supaya berpeluang memperbaiki diri dan mencari jodoh lebih baik.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar